Posts

Showing posts from September, 2012

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 4

BAB 4                         H ari yang serba serbi tidak sempurna buat jurutera muda Haslam Holdings. Hafni tergesa-gesa keluar dari pintu lif lalu terlanggar seseorang yang kebetulan lalu di hadapan pintu lif. Fail yang ada di tangannya melambung sehingga semua isi kertas didalamnya bertaburan. ‘Damn it . Waktu macam ni pulak nak langgar orang pulak . I’m really sorry. I’m in hurry right now. Sorry again.’ Hafni segara mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai dan berlalu pergi tanpa melihat orang yang dilanggarnya.             Hatinya sebal bila mengenangkan apa yang telah berlaku. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya gara-gara bersetuju dengan keputusan walid dan uminya yang menerima pinangan Dato’ Lutfi dan Datin Rafidah. Dia sendiri pun hairan kenapa mulutnya ringan sahaja berkata ya bukannya berkata tidak sedangkan hatinya sendiri berkeras tidak mahu dijodohkan dengan mamat yang poyo giler tu.                         ‘Irah meeting saya pagi ni dengan