Posts

Showing posts from August, 2012

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 3

BAB 3                                 A rghhh... tension!. Cool Hafni. Tarik nafas. Lepas. Kau datang ni pun atas urusan kerja. Bukannya kau datang nak tergedik-gedik dengan mamat tu. Hafni memotivasikan dirinya sendiri. Langkahnya diatur menuju ke Lutfi Holdings.                         ‘Selamat pagi. Saya Amni Hafni dari Haslam Holdings. Saya ada appointment dengan Dato’ Lutfi?’ ujar Hafni memperkenalkan dirinya.                         ‘Dato’ memang tunggu kehadiran Cik Amni Hafni. Silakan.’ ujar Elizabeth, setiausaha Dato’ Lutfi yang fasih berbahasa melayu.                         ‘Assalamualikum Dato’. Saya Amni Hafni dari Haslam Holdings,’ terang Hafni sedikit gugup.             ‘Walaikumsalam. Silakan Amni Hafni. What should I call you? Amni or Hafni?’ tanya Dato’ Lutfi                         ‘Just call me Hafni, Dato’. More easier’ . tungkas Hafni.             ‘Ok Hafni. Sebelum kita bincang pasal projek. Boleh saya tanya satu   perkara?  

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 2

BAB 2                                 ‘Assalamualaikum Cik Hafni oi.’ kedengaran suara yang amat dikenalinya.                         ‘Walaikumsalam Mek Rose a.k.a mawar berduri’ ujar Hafni.             ‘Kau busy tak petang ni. Kalau tak busy , aku ingat nak jumpa kau dekat Alamanda Putrajaya. Hafni menyelak diari berwarna hitam. Kosong. Tiada meeting dengan client . ‘ Deal .’ Talian dimatikan. Apa yang penting sangat si mawar berduri tu nak jumpa aku. Kepalanya terasa berat apabila memikirkan halnya dengan si Luqman Haqeem. Hafni hanya mengenali Luqman Haqeem melalui dada akhbar dan majalah business sahaja. Dia belum berpeluang untuk bersua muka dengan ahli perniagaan yang terkenal itu apatah lagi untuk bekerjasama bersama. Haslam Holdings pernah bekerjasama dengan Menara Holdings milik Dato’ Lutfi untuk projek pembinaan cawangan ketiga Menara Holdings di Putrajaya. Dato Haslam menyerah projek tersebut di bawah kendalian Encik Fariz jurutera seniornya yang berbeza