Posts

Showing posts from July, 2012

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 1

BAB 1 R intik hujan semakin kuat kedengaran. Suasana dingin semakin terasa mencucuk hingga ke tulang. Namun tangan Amni Hafni bt Haji Amar Hadi masih ligat menaip di laptop kesayangannya.... Tumpuannya terganggu seketika apabila terdengar ketukan pintu bilik. ‘Maaf Cik Hafni kerana mengganggu. Ada apa-apa yang cik perlukan bantuan saya. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu ‘ terang setiausahanya. Hafni melirik jam di tangan. ‘Dah pukul lima rupanya. Tak pe Irah… Tinggal sikit lagi je laporan ni. Awak balik la dulu. By the way, thanks a lot kerana tolong saya’ ujar Hafni. ‘Saya balik dulu Cik Hafni. Assalamualaikum.’ Irah berlalu meninggalkan Hafni sendirian. ‘Waalaikumsalam’ jawab Hafni pendek.             Hafni memandang segenap ruang pejabatnya. Dia teringat ketika dirinya mula berkhidmat di Haslam Holdings. Dirinya sering diperkotak-katik oleh jurutera senior di Haslam Holdings. Bagi mereka kebolehan dan idea dari jurutera wanita adalah terhad berbanding