Posts

Showing posts from 2012

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 7

BAB 7                             ‘ A bang, saya risau la tengok Luq tu. Tak da semangat je nak buat persiapan untuk majlis perkahwinan dia. Kita ni terlalu mendesak dia ke bang?’ tanya Datin Rafidah agak runsing mengenangkan sikap Luqman yang bersahaja apabila ditanya tentang persiapan perkahwinannya.             Dato’ Lutfi menutup majalah bisness yang dibacanya. ‘Awak tak yahlah risau sangat Fidah oi. Tahulah Luq tu nak uruskan persiapan majlis dia. Kalau hal pejabat dia boleh uruskan, tak kan persiapan majlis dia tak boleh buat. Percaya la sikit kat anak awak tu. Saya tahulah awak excited nak terima menantu pilihan awak.’ Dato’ Lutfi mengenakan isterinya.                         ‘Ke situ pulak awak ni. Pilihan awak jugak. Saya bukan apa bang. Siapa yang tak risau bang. Luq tu satu-satunya anak lelaki kita bang. Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk dia dan Hafni.             ‘Untuk abang Luq je ker? Untuk adik tak ada ker mama?’ Rose merengek dan terus landing

Mulut Kata Benci Hati Kata Sayang 6

BAB 6                 M atanya tidak mahu lelap. Selesai solat subuh Hafni terus ke dapur. Bau semerbak menusuk hidungnya. Pasti umi sedang menyediakan sarapan pagi. Best rasanya dapat meluangkan masa di rumah ketika hujung minggu. Harap-harap tak ada lah emergency kes. ‘Assalamualaikum umi. Morning .’ sapaku lantas memeluk umi dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi.                         Hajah Azizah membalas ciuman di dahi Hafni.‘ Wa’alaikumsalam. Morning sayang. Hmm.... Awal bangun. Ada kerja ke hari ni?             ‘Tak ada la umi. Ingatkan tadi lepas subuh nak tidur balik tapi mata ni tak nak lelap pulak. Tu yang Hafni turun bawah ni. Tolong umi apa yang patut. Umi nak Af tolong apa?’             ‘Kalau macam tu, Af tolong buatkan air. Umi dah nak siap masak mee hoon ni dah.’             ‘Okay bos. Saya yang menurut perintah.’ Tangannya lincah membancuh air kopi kesukaan walidnya. Setelah siap kesemuanya, tiga beranak bersarapan bersama. Jarang mereka dapat be